Heart Clip Art

Thursday, 25 August 2011

salam semua..emm hari nih dah hari ke 26 kita puasa..agak2 la kn da lpas ke mlm lailatul qadar tu..eheee..sy pun xsure gak..tp xpe truskan usaha anda mncari mlm itu..ari ni  dh jumaat kn..xlama lg nk raya..waaaa!!tp sy xblik umah lg ni..nk berpuasa ngn family tak tercapai lg.hmmm...sabor3!mlm ni dah nk blik..aha!asyik asyik!selamat tinggal lh bumi arau ye..kikiki..xmau tgok dah gamaknya arau ni..bosan!Tp kn sejak 2 menjak ni hjn turun x henti-henti lh..tkut la jgk kot2 bnjir mau nye sy beraya kt cni.eeeiii...xboh ar raya cni.barang2 pun dah ciap packED..ahah!hri slasa lg da start pack..lm ni tggal nk angkt saje..hahaaaaaaa...betapa suka nye..
yumm2!yg xsuka nye sy dah ter"pack" sekali ngn buku2 n asgment2 tuk disiapkan..huh!Bkn terpack sebenarnya tp terpksa pack..muahaha..org sibuk duk raya kita cbuk ngn asgment.tp agk2 la kn sy buatkh asgment2 itu jika sy bwak blik umah bnyk2?hmmm..dah lh cti kjAp je ada hati nk bwak blik bnyk2 kn..nt bila kala sy nk p kutip duit raya lagi..~bajet dapat duit raya lh ni..org bg x,xtaw..haha~!xkesah lh tu..thun lpas pun dapat duit raya..byk lg tuh..kalah sy nye adik..:D

HOOOO...hooo..hoo.. blik kg...
perjalanan jauh x kurasa kerna hti ku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara yg bermain di mata
nun menghijau gunung ladang dan rimba..
langit nan tggi bertambh brunya..
deru angin turut sama berlagu..
semuanya bgaikan turut gembira..

nmpknya sy lh org last skli smpai umah..eiii...truk2..
selamat menghadapi perjalanan yg jauh ye kpada org2 yg sama  waktu ngn saya..ehee
baca doa lu taw sblum gerak tu..moga2 semua nya slamat..amin!

Thursday, 18 August 2011

kelebihan malam lailatul qadar

salam jumaat semua..
emm..dah lama sy x mengupdate blog ni..
masa yg singkt dengan assgment berlambak,quiz,test lg..tu yg xsempat nk jengok2 blog..
tp apa pun..sy akn cuba jgk cari masa utk "mentouchup'blog kesayangan nih..walaupun xlawa..eheee..
sedar x sedar kita sebenarnya sudah berada pada hari ke 19 puasa.dah dekat 10 mlm terkhir kn?
oops!maksud 10 mlm terakhir bknnya  kita dah nk dekat raya ye..tp..mlam lailatul qadar iaitu mlm
 yg lebih indah dari seribu malam.sesiapa yg dapat merasai mlm ini sangat lh beruntung kerana bkn semua dapat merasainya.hanya org tertentu yg dipilih Allah shj dapat merasainya..sy harap sy jgk tergolong dari org2 yg diplih ALLAH..Ok lah..disini sy nk kongsi entry tentang kelebihan malam lailatul qadar dengan kamu semua..semoga kita semua berada bibawah perlindungan Allah swt..amin..

ramadhan2gq2.png





Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam 
 yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yanglebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a.Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain..

Saturday, 6 August 2011

memohon kemanisan beribadat

Allah berfirman yang bermaksud:

"solat itu tiang agama(sesiapa yg mendirikannya bererti dia mendirikan agamadan sesiapa yg meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya)".riwayat al dailami.

untuk mendapatkan khusyuk dalam solat:

1)sentiasa melaksanakan solat berjemaah (Yg afdalnya di masjid)
2)menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3)membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4)jangan bersolat dgn menangguhkan utk membuang air besar atau kecil.
5)memahami stiap bacaan dalam solat.
6)membaca surah al nas,selawat dan beristighfar sebelum mengangkat takbir.
7)mengingati mati dan membayangkan bahawa solat itu yg terakhir.